Command Celcom SKMM

 celcom, skmm, maxis, digi

Cara mengaktifkan pek prepaid broadband SKMM celcom

  • Taip “broadband active” dan hantar ke 28882

Prepaid Celcom Broadband Daily

  • Taip “broadband daily” dan hantar ke 28882
  • RM5 untuk 24jam dengan 500MB data.
  • Kelajuan sehingga 512kbps atas usaha terbaik.

Prepaid Celcom Broadband Weekly

  • Taip “broadband weekly” dan hantar ke 28882
  • RM18 untuk 7 hari dengan 1GB data.
  • Kelajuan sehingga 512kbps atas usaha terbaik.

Prepaid Celcom Broadband Monthly SKMM

  • Taip “broadband SKMM” dan hantar ke 28882
  • RM25 untuk 30 hari dengan 800MB data.
  • Kelajuan sehingga 384kbps atas usaha terbaik.

Apa itu SKMM CELCOM 1 MALAYSIA?

Apakah Broadband SKMM?

Broadband SKMM adalah broadband internet berbentuk prepaid, yang merupakan projek usahama di antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan Celcom, yang mana projek ini adalah suatu usaha kerajaan agar setiap orang di Malaysia memiliki komputer dan internet.

Sim pek broadband SKMM yang dijual ini adalah baki daripada projek tersebut. Oleh itu, tidak banyak stok yang dikeluarkan dan ia juga tidak dijual secara terbuka di pasaran. Anda tidak akan menemui sim pek ini dijual di kedai-kedai secara terbuka. Supply akan habis apabila kesemua stok sudah dijual kepada para pengguna.

Apabila anda membeli broadband SKMM ini, anda akan diberikan Starter Kit yang mempunyai Sim Pek. Sim pek ini mempunyai satu nombor HP (nombor telefon bimbit) yang mungkin bermula dengan nombor 015 xxxx xxxx (11 digit). Nama anda akan didaftarkan ke atas nombor sim pek ini. Ini bererti anda tidak perlu lagi ke Celcom Centre kerana pendaftaran akan dilakukan di Celcom bagi pihak anda.

Nombor sim pek broadband internet ini hanya boleh digunakan untuk melayari internet sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan atau menghantar SMS. Walau bagaimanapun, apa yang menarik ialah, dengan sim pek ini, anda boleh melayari internet secara PERCUMA untuk bulan pertama.

Manakala untuk bulan kedua dan seterusnya, anda cuma perlu mengisi semula nombor prepaid sim pek anda itu (reload) sebanyak RM25 SAHAJA, di mana-mana kedai yang ada menjual kupon reload. Dalam erti kata yang lain, anda boleh reload semula sim pek itu SAMA seperti anda reload nombor hp prepaid anda yang biasa. Memandangkan sim pek broadband SKMM ini ialah sim pek prepaid, maka tiada bil yang perlu anda bayar di kaunter.

Kad sim broadband SKMM ini tidak mempunyai sebarang kontrak, dan ia adalah edisi terhad. Mereka yang pernah menjadi blacklist (berhutang dengan mana-mana penyedia telekomunikasi, tak kira Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile atau sebagainya) juga boleh mendaftar dan membeli sim pek broadband SKMM ini.

Bandwidth adalah unlimited. Bererti walaupun pada Starter Pack ditulis 800MB sahaja, tapi sebenarnya ia adalah unlimited. Tiada had internet. Anda boleh menggunakan internet sepuas-puasnya meskipun anda melayari internet 24 jam sehari selama 30 hari, terus-menerus.

Kelajuan asas ialah pada 384kbps dan boleh mencecah 1.5mbps, mengikut modem yang anda gunakan dan coverage Celcom. Speed internet saya lebih laju dari sewaktu saya melanggan Maxis Broadband dan Digi Broadband RM68 sebulan.

Anda boleh menggunakan kad sim broadband SKMM ini dengan mana-mana Usb Modem, seperti Digi dan Maxis (bergantung kepada jenis modem, sesetengah modem harus dibuka/unlock terlebih dulu sebelum ia boleh mengesan kad sim broadband SKMM anda).

Kad sim broadband SKMM ini juga boleh digunakan di mana-mana laptop, desktop, telefon bimbit (hp), galaxy tab dan sebagainya.

Tempoh sah kredit untuk broadband SKMM ialah selama 30 hari. Kemudian anda diberikan 50 hari lagi tempoh bertenang untuk mengisi semula nombor prepaid sim pek broadband tersebut. Anda mestilah mengisi semula nombor broadband tersebut dalam masa 50 hari itu untuk terus kekal aktif.

Sekiranya anda tidak membuat sebarang tambah nilai (reload) dalam tempoh 50 hari tersebut, nombor broadband anda itu akan dilupuskan (dipadam) dan anda harus membeli semula Starter Kit yang baru, sekiranya anda masih mahu terus menggunakan broadband SKMM untuk melayari internet.

Harga Starter Pack (Tanpa USB Modem): RM80.00
(Sudah termasuk harga kos penghantaran menggunakan Pos Ekspres ke seluruh Malaysia)

CEPAT! Dapatkan segera sebelum stok habis di pasaran!

Contact Wan : 013-6292807